Wakil UBM dijemput ke Night of Purity ; Enlighten your Heart Powered by Amal Jariah

Wednesday, January 26, 2011

PERUBATAN cawangan Tanta(PCT) telah menganjurkan sebuah majlis yang berunsurkan amal dalam bentuk makan malam di dewan besar(ballroom) Panorama Hotel. Dalam majlis tersebut dijemput wakil UBM antaranya pengarah UBM, us Faizol bersama isteri, us Tengku Safwan bersama isteri dan pasangan us Abdullah Fahmi bersama isteri dan anak diundang.Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-quran oleh us Abdullah Fahmi.




Majlis sangat meriah dan baik untuk diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk dijadikan satu hiburan bahkan satu saluran untuk mangajar seluruh ahli menginfak dan menderma sebahagian wang untuk persatuan. Ini menunjuk kasih dan sayangnya ahli PCT kepada persatuan meraka" ulasan daripada pengarah UBM, ustaz Faizol apabila ditemubual.

Semoga PCT akan terus maju bergerak untuk menjadi kebajikan seluruh ahlinya untuk masa akan akan datang. Tahniah dan syabas.

SUAMI SOLEH... idaman setiap insan yang bergelar isteri

Saturday, January 22, 2011

18 ciri-ciri suami yang soleh

Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin













Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Tips Rumahtangga Bahagia: berkat & redha Allah

Monday, January 17, 2011

Assalammualaikum....

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa." 

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]


5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-
"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami." 

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah.

Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

HISBAH: UJIAN DALAM FATRAH IMTIHAN

Wednesday, January 12, 2011

Salam imtihan, salam peperiksaan buat semua warga Tantawi. Dalam kesibukan kita bersama mengulangkaji kitab-kitab kuliah berhadapan dengan peperangan di atas kertas, ada kawan-kawan kita dan rakan-rakan kita diuji dengan gangguan oleh manusia yang ganas dan jahat.

Dalam pada itu, marilah kita biasakan berdoa memohon Allah taala memelihara kita di bumi Tanta ini. Tidak lupa pihak berwajib mengesyorkan supaya menjaga tatasusila terutama cara pemakaian kita untuk menjaga daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Dengan itu di sini sedikit perkongsian tentang perkataan yang perlu kita semua mengetahui dan boleh melafazkannya. Mudah-mudahan sedikit usaha ini menjadi senjata buat kita di masa dalam keadaan susah dan terdesak. Salam imtihan.

Kalimah-kalimah yang perlu digunakan apabila diganggu warga arab:
1) HAROOMI=pencuri
2) HUWWA MASSAH GASADI=dia sentuh badan aku
3) HAA’UL SYURTOH= aku akan report polis 
4) IB’AD ANNI=jauhi dariku!!

AKHWAT KITA DIGANGGU ARAB, BERINGAT SEBELUM KENA: KETUA HISBAH DPMT&JAKSI PCT

Monday, January 3, 2011

Menyesal dahulu tiada gunanya". Buat seluruh akhwat khususnya di Tanta, diingatkan sekali lagi supaya berjaga-jaga akan keselamatan diri. Jangan sedikit alpa, akan menempah penyesalan seumur hidup. Jaga dirimu, jaga pemakaianmu, jaga gerak-gerimu, supaya tidak terjerumus ke dalam kebinasaan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Peringatan buat kita semua.

Kerjasama erat pihak kami HISBAH DPMT dengan JAKSI PCT akan terus berusaha memastikan gerak-kerja amar makruf nahi mungkar (menyuruh yang baik dan mencegah perkara mungkar) terus berjalan bagi kebajikan kita bersama. Semoga semua pihak dapat memberi kerjasama terbaik.

UBM Tanta tawaquf sementara program

Saturday, January 1, 2011

UBM Tanta, telah mentawaqufkan program mingguannya iaitu liqo' dan usrah yang diadaakan setiap minggu sebelum ini. "Kita memberi ruang sepenuhnya kepada rakan-rakan UBM untuk menumpukan dan memperuntukan masa untuk study, kita dah dekat nak exam" kata pengarah UBM, ustaz Faizol Endut.

Beliau juga memberikan kata-kata semangat buat seluruh ahli DPMT dan juga PCT yang masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran buat masa ini. "Jangan lupa sahabat-sahabat, disamping kita pulun study kita memohon doa dan restu daripada kedua ibu-bapa kita dan yang sudah berumahtangga perlu bersemangat lebih kerana ada orang di sisi sebagai pemberi semangat. Orang bujang, ahli bait sebagai peneman" guraunya ketika dihubungi.

Segala aktiviti dan program UBM akan berjalan pada bulan 2 mendatang dan semoga seluruh ahli memberi tumpuan seluruhnya kepada peperiksaan. Selamat menempuh peperiksaan buat semua.